Tuesday, 25 November 2008


Anda mungkin tidak mempercayainya, tapi merupakan nasihat yang baik untuk dibaca!
Anda Pasti mempelajari sesuatu jika membacanya!!!

PERTAMA.

Bersedekahlah kepada orang lain lebih daripada yang mereka perlukan dan
lakukanlah dengan penuh kerelaan.


KEDUA.

Kahwinilah lelaki / wanita yang gemar anda berbicara dengannya, kerana
kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih penting
pabila usia semakin tua.


KETIGA.

Usahlah mempercayai segala perkara yang anda dengari. Berbelanjalah
sekadar apa yang ada atau tidurlah seberapa lama yang anda perlu .


KEEMPAT .

Apabila kamu berkata, ' Aku Cinta Padamu', maka tunaikanlah.


KELIMA.

Pabila mengatakan, 'Maaf', tenunglah matanya.


KEENAM.

Bertunanglah sekurang-kurangnya enam bulan sebelum kamu diijabkabulkan.

KETUJUH..
Percayailah cinta pandang pertama.


KELAPAN..

Usah tertawakan impian orang lain. Manusia tanpa impian tidak memiliki
apa-apa.


KESEMBILAN.

Cintailah seseorang dengan sepenuh hati dan penuh kasih sayang. Sungguhpun
anda akan berasa seolah-olah diri anda tersiksa, tapi percayalah itulah
satu-satunya untuk melengkapkan kehidupan ini.

KESEPULUH.

Jika berlaku perselisihan pendapat, bertengkarlah secara aman. Usahlah
menyebut nama sesiapa ketika bertengkar.

KESEBELAS.

Usahlah menilai seseorang berdasarkan peribadi keluarga mereka.


KEDUABELAS.

Berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas.

KETIGABELAS.

Apabila seseorang bertanyakan satu soalan yang tidak anda gemari,
lontarkanlah senyuman dan bertanyalah padanya,'Kenapa anda ingin tahu?'

KEEMPATBELAS.

Ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan melibatkan
pengorbanan dan risiko yang besar.


KELIMABELAS.

Ucaplah 'Semoga anda diberkati' apabila mendengar seseorang bersin.


KEENAMBELAS.

Apabila anda kerugian, janganlah jadi kurang ajar.


KETUJUHBELAS.



Berpeganglah kepada tiga R:
1. Rasa hormat pada diri sendiri;
2. Rasa hormat kepada orang lain;
3. Rasa tanggungjawab terhadap semua tindakan anda




KELAPANBELAS.

Usahlah benarkan pertikaian yang sebesar hama merosakkan sebuah
persahabatan yang besar.


KESEMBILANBELAS.

Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan, usahlah berlengah
untuk perbetulkan kesalahan itu.



KEDUAPULUH.

Tersenyumlah ketika menjawab telefon. Pemanggil akan melihatnya daripada
suara yang mereka dengar.